#myfrsis2017days

FRSIS 2017 dah habis isnin tadi. Sampai sekolah selasa. Alhamdulillah kami dapat silver award. haha.. sama macam apa yang aku dapat masa MIYIO haritu. dekat sana best. LO yang in charge untuk sekolah aku sangatlah berguna. thanks acap!

 Paling terharu bila pergi old folks home. Dari putrajaya ke hulu selangor dekat 2 jam jugak la. First impression was like, "ni orphanage ka?" nampak tak betapa tak allert nya waktu tu 😅 kami semua was devided dengan 4 group so memang pecah la. aku dapat dorm perempuan. masa masuk tu, dengar ada bunyi orang merengek. and i was like, "bunyi apa tu wehhh?" aku lekat dengan iwa n alya tak lepas! the first granny yang kami lawat buat aku nangis. waktu kami pi dekat nenek tu, dia hulur tangan, nak salam. time tu aku pakai glove so take time la nak buka. pekerja yang bawa kami tu cakap, "even tak boleh jalan and nampak dengan jelas, nenek ni masuk pertandingan hafazan tau. kelas al-quran pun nenek ni tak miss". dan aku rasa terharu. ye lah, kita yang muda ni pun tak terhafal al-quran. but this granny did. and semua old folks yang duduk dekat sini takda waris, duduk sini sampai ajal datang. surat eninggal pun atas nama pengurus tempat ni. and that granny look at me. she asked,

"dari mana?"

"penang, nek"

and she asked the others. benda yang buat air mata aku meleleh was,

"nek doakan semua yang datang sini, jadi orang yang baik, yang soleh, solehah. jadi orang yang berguna.."

air mata aku laju ja keluar. aku menyorok belakang iwa. iwa dengan alya steady ja. budak laki yang lain tengok pelik. nenek tu cakap, family dia pun asal situ. adik beradik nenek ni semua dah meninggal. so nenek ni takda waris since tak kawin.

seroius weh, aku terkesan gila mai sini. masa balik sas, ada sharing session. budak yang pi orphanage, single mother and such pun cerita. sebak weh.

and tu lah benda paling aku akan ingat dekat frsis 2017.

Comments

Popular posts from this blog

hard disk + anime

LAST WEEK